Pelepasan cukai ( Menggajikan OKU )

Kerajaan begitu mengambil berat ke atas kebajikan golongan OKU dan pihak-pihak disekelilingnya. Sebanyak 25 faedah yang boleh dinikmati oleh OKU berdaftar di negara ini yang meliputi akses kepada kesihatan, bantuan pendidikan, kemudahan pengangkutan awam, peluang pekerjaan dan sebagainya. Sekiranya, terdapat majikan yang menggaji OKU, majikan tersebut akan menikmati:-

(i) Potongan tambahan/lanjutan (potongan cukai sebanyak 2 kali ganda bayaran gaji OKU setahun);

(ii) Potongan berganda (Majikan yang memberi kemahiran/latihan kepada OKU boleh mendapat potongan berganda mengikut amaun/perbelanjaan yang ditanggung dalam latihan mana-mana OKU); dan

(iii) Potongan tunggal (Majikan boleh mendapat potongan tunggal bagi sebarang kos pengubahsuaian kemudahan syarikat bagi kepentingan OKU).

Bagi menarik minat OKU untuk bekerja, pihak Kerajaan turut memperkenalkan:-

(i) Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM350 sebulan bagi pendapatan bulanan OKU yang tidak melebihi RM 1,200; dan

(ii) Pelepasan cukai sebanyak RM15,000 bagi mana-mana OKU yang bekerja.

Comments

comments

zawani