Penjawat awam Kelantan dapat RM500

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pembayaran bantuan khas kepada kira-kira 9,000 kakitangan dengan peruntukan lebih RM4 juta itu akan dibuat pada 1 Jun ini.

“Ia (bantuan khas) telah diluluskan dalam mesyuarat exco baru-baru ini. Walaupun nilainya tidak besar namun kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

“Ini (penjawat) termasuk bertaraf kontrak dan sambilan serta kakitangan YIK (Yayasan Islam Kelantan),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam peringkat negeri di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/penjawat-awam-kelantan-dapat-rm500-1.840554

Comments

comments

zawani