Mana malu kau dengan ALLAH?: Azza Elite

SEBELUM ini Instafamous Faiz Roslan telah beberapa kali ditegur atas perilakunya yang kurang disenangi.

Namun tindakannya yang terbaharu iaitu membuat pengakuan tidak solat lima waktu dan mempersoalkan puasa telah mendapat perhatian daripada netizen.

Turut menegur adalah pelakon dan penyanyi Azza Elite di akaun Instagramnya yang menasihati secara terbuka buat Faiz.

Tulis Azza,

“Sebelum itu ku minta maaf sebab tegur mu eh faiz! You watch out! ALLAH bagi kelebihan famous! Famous erk?

“Adik oh adik kau jangan buat gitu dik! Mana malu kau dengan ALLAH? Kau bangga kau tak solat, kau bangga kau tak puasa.

“Kenapa mu begitu? Jangan sampai ALLAH tarik nikmat kita dik,” tulisnya.

Tambah Azza, dia mengakui bahawa apa yang dikatakan oleh Sharnaaz sebelum ini adalah benar belaka.

“Aku dengar kau menjawab kau siap!! Panas hati aku bila orang permainkan ALLAH. Kami pun penah muda, pernah famous dari kau ok! Tapi kami takut nak permainkan ALLAH.

“Kami tegur sebab rasa kamu perlu ditegur! Apa pun aku doa semoga ALLAH beri hidayah buat kamu semoga kamu menjadi org baik baik,” tulis Azza lagi.

Akhir sekali Azza berkata bahawa; ‘Kita hamba ALLAH dik bukan hamba IG’ dan meminta peminatnya untuk unfollow Faiz ini supaya perangainya tidak lagi menjadi-jadi.
sumber: sinar harian.

Comments

comments

zawani