Setelah 26 Tahun Bertapak Dalam Industri, KRU Umum Bubar Dan Ucap Selamat Tinggal

Kumpulan adik-beradik yang menghiburkan industri tanah air ini bertemu noktahnya tahun ini.

Trio adik-beradik yang menghiburkan industri muzik tanah air kita selama 26 tahun akhirnya dibubarkan

Menurut sidang akhbar yang diadakan sebentar tadi, kumpulan nyanyian KRU yang dianggotai oleh Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim ini mula bertapak dalam industri ini sejak tahun 1992 dibubarkan pada hari ini.

Kumpulan itu yang telahpun berada dalam industri ini selama 26 tahun mengakhiri sidang akhbar tersebut dengan ucapan ribuan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan mereka dalam industri seni ini.

Konsert terakhir mereka akan diadakan pada 6 Mei ini

Menurut KRU, konsert ini merupakan tanda terima kasih dan juga pengakhiran trio tersebut dalam bidang nyanyian.

Mereka juga berkata selepas dari konsert tersebut, mereka tidak lagi terikat dengan apa-apa label muzik.

Netizen juga melahirkan rasa sedih di laman Twitter mereka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lagu-lagu KRU memang menjadi siulan rakyat Malaysia dari zaman 90 ‘an hingga kini

Terima kasih kerana menghiburkan hati rakyat Malaysia sepanjang perjalanan ini!

sumber : SAYS.COM

Comments

comments

zawani