Tarik undi guna model baju dalam

Akaun media sosial pro Putin memaparkan dua model seksi memakai seluar dalam di pusat pengundian sebagai usaha menarik golongan pengundi lelaki di Kremli – Foto www.dailymail.co.uk.

MOSCOW : Penyokong Vladimir Putin menggunakan gambar provokatif model perempuan memakai pakaian dalam sebagai taktik memancing undi menjelang Pilihan Raya Presiden Rusia bulan hadapan.

Kempen pilihan raya itu turut menjadi sebahagian daripada projek promosi perniagaan bagi majalah Maxim mengikut kepada ‘persetujuan’ yang telah disepakati.

Mengakui projek tersebut tidak masuk akal, ketua editor majalah berkenaan, Alexander Malenkov bagaimanapun enggan mendedahkan klien dan imbuhan yang diterima hasil daripada projek khas itu.

Akaun media sosial pro Putin memaparkan dua model seksi memakai seluar dalam di pusat pengundian sebagai usaha memaksimumkan bilangan pengundi di Kremlin khususnya golongan lelaki muda di negara itu.

Gambar tersebut turut disertakan kapsyen ‘Selamat datang ke dunia orang dewasa’, ‘Ia akan sedikit menakutkan pada awalnya, namun anda pasti menginginkannya sekali lagi’, ‘Adakah anda sudah mencapai umur 18 tahun?’.

Pelekat 18+ yang digelar ‘Gadis Pilihan Raya’ diberikan kepada mereka yang menyertai kumpulan itu di alam maya seperti dilaporkan portal www.dailymail.co.uk

Pemimpin pembangkang, Alexei Navally,bagaimanapun telah meminta penyokongnya memboikot pemilihan tersebut.

Pilihan Raya Presiden Rusia 2018 akan berlangsung pada 18 Mac depan.

Comments

comments

zawani