Dari XL Ke XS – Lelaki Ini Kongsi 21 Tips Turun Berat 37kg Dalam Masa 6 Bulan Sahaja

Ramai yang bercakap tentang azam tahun baru yang kononnya nak kurus dan lebih sihat dan seimbang sempena tahun 2018 ini. Namun, apa yang jadi? Semua tu hanya kata-kata yang mampu keluar di bibir sahaja. Betul tak?

Jika anda betul-betul mempunyai semangat yang tinggi untuk mengurangkan berat badan, perkara itu tidak akan menjadi masalah dan tiada halangan yang anda tidak mampu tempuhi dalam tempoh tersebut.

Seperti lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Zulzaidi Zulkarnain, di laman Facebookbeliau telah viral dengan lebih 8,000 perkongsian tentang tips yang sangat berguna untuk individu yang mungkin menginginkan berat yang ideal sempena tahun 2018 ini.

Tapi sebelum mulakan ‘diet’ anda, kenalpasti dulu apa maksud diet yang sebenar

Menurutnya, perkara pertama sekali kita kena faham apa itu DIET. Ramai yang silap termasuk dirinya sendiri. Diet bukan bermakna tidak makan. Itu tanggapan yang salah kerana diet sebenarnya bermaksud pemakanan yang sihat.

“Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila da set baru ada semangat utk kurus kan. Macam saya, goal saya adalah pulih dari GOUT. Ya saya adalah pesakit GOUT. Sakit bila terasa nak menyimpang je dari landasan saya teringatkan sakitnya GOUT tu…itu la jadi motivasi kepada saya untuk kurus,” katanya.

Baca 21 tips yang dikongsi oleh Ahmad Zulzaidi jika anda ingin mulakan diet yang sihat 🙂

1. Jangan sesekali tinggal sarapan pagi. Sangat penting!
2. Pastikan tidur cukup setiap hari
3. Cukup makan. Sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari
4. Pengambilan air TANPA gula
5. Banyakkan pengambilan air kosong setiap hari
6. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
7. Kawal pengambilan nasi dalam sehari, hanya satu genggam sahaja
8. Boleh makan roti tapi bukan roti putih. Roti wholemeal lebih baik!
9. Elakkan pengambilan mee kuning dan kuey teow
10. Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak dan makanan segera (fast food)
11. Makan makanan grill atau steam sahaja!
12. Jangan pernah skip makan malam. Sama macam sarapan pagi.
13. Senaman pun harus! Dalam 2-3 kali seminggu pun dah memadai
14. Tak perlu ambil sebarang ubat-ubatan untuk kurus ya!
15. Mengawal nafsu makan dengan berpuasa walaupun bukan dalam bulan Ramadan
16. Sebelum mulakan diet, anda perlu check dulu kalori yang kita perlukan dalam sehari untuk kita turunkan
17. Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yang kita ambil
18. Elak stress!
19. Sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan
20. Sila take note tentang berapa percent pemakanan dan senaman yang kita lakukan
21. Mesti KENA ada cheat day untuk makan apa sahaja yang anda inginkan!
Anda rasa anda boleh buat macam mana lelaki ini buat? Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Hanya perlu usaha lebih dan sentiasa berdoa agar urusan anda dipermudahkan. Semoga berjaya! 🙂

Comments

comments

zawani