CEO Celcom : Gabungan Telekom Malaysia Dan Axiata Adalah Suatu Yang Maakul

Tahun lepas, kita telah mendengar desas-desus awal mengatakan Celcom mungkin bergabung dengan Telekom Malaysia. Tiada sebarang info atau komen rasmi sejak daripadanya, namun pelbagai penganalisa kewangan masih menyasarkan perkara sama untuk tahun 2018 ini.

Bercakap mengenainya hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, mengatakan yang mana gabungan antara Telekom Malaysia dengan Axiata adalah sesuatu yang “masuk akal”.

Sekiranya bergabung, ia akan menguntungkan kedua-dua pihak daripada pelbagai perkara, termasuk infrastruktur. Telekom Malaysia pada hari ini mempunyai penawaran jalur lebar talian-tetap yang paling meluas, selain Celcom pula mempunyai penawaran yang kukuh untuk arena talian mudah-alih.

 

Seperti ramai sedia maklum, Celcom atau Axiata sebelum ini adalah sebahagian daripada Telekom Malaysia sebelum ia dipisahkan dan beroperasi sebagai syarikat berasingan. Sejak daripadanya, Celcom telah menjadi antara syarikat yang menerajui arena mudah-alih tempatan.

Bercakap lanjut mengenainya, CEO Celcom mengatakan yang mana segalanya adalah bergantung kepada keputusan pegangan saham, dan Celcom tidak menerima sebarang perkara mengenai pergabungan ini buat masa ini.

SUMBER RUJUKAN: NST

Hotel Murah Kuala Lumpur

Comments

comments

zawani