Neelofa terima anugerah

KUALA LUMPUR 12 Jan.- Pengacara popular dan ikon usahawan, Neelofa membuka tirai 2018 dengan menerima Anugerah Grandeur and Elegante Antarabangsa di atas kejayaannya mengemudi jenama Naelofar Hijab.

Neelofa, 29, berkata, penghargaan tersebut amat bermakna dan membuka lebih banyak platform untuk membawa jenamanya ke peringkat yang lebih tinggi.

“Tahniah kepada semua yang selama ini membantu saya dalam melebar luaskan lagi jenama Naelofar Hijab.

“Ini bukan titik terakhir sebaliknya membuka lebih banyak pintu untuk saya meneroka lebih banyak peluang yang ada,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka negara itu juga mengiktiraf beberapa usahawan dan personaliti dalam serta luar negara.

 

SUMBER:- UTUSAN ONLINE

Comments

comments

zawani