Belia disaran sertai program Tube

Mustapa melawat salah sebuah gerai pameran usahawan selepas merasmikan Hari MITI Zon Pantai Timur di Hotel Grand River View, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Golongan belia digalakkan menceburi bidang perniagaan melalui Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan telah menambah peruntukan sebanyak RM40 juta untuk tujuan ber­kenaan bagi bagi melahirkan lebih ramai usahawan Tube tahun depan.

“Kami juga menyediakan program latihan melalui Institut Automotif Malaysia (MAI) dan hasil daripada manfaat latihan tersebut, lebih 4,000 golongan belia di Kelantan telah berjaya dilatih dengan 90 peratus daripadanya memperolehi pekerjaan.

“Pelbagai sumbangan telah dibuat bagi memastikan rak­yat terus mendapat manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Zon Pantai Timur 2017 di Hotel Grand River View di sini semalam.

Mustapa menjelaskan, program tersebut yang julung-julung kalinya diadakan di negeri ini telah berjaya mencapai matlamatnya selain melepasi sasaran kehadiran lebih 5,000 pengunjung.

“Hari terbuka tersebut merupakan kali ketiga dianjurkan selepas diadakan di Kuala Lumpur pada tahun lalu dan peringkat zon Utara di Meru, Perak pada bulan Mei lalu.

Program tersebut disertai pelbagai agensi dibawah MITI termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia.

sumber : kosmo

*Kerajaan peruntuk RM40 juta bangunkan usahawan muda tahun depan

Comments

comments

zawani