Siang Polis, Malam Bapa Ayam. Konstabel Polis Ditahan Kantoi Jual Pelacur Guna WhatsApp


Seorang konstabel polis yang dipercayai ‘bapa ayam’ dalam sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp ditahan bersama 6 individu lain dalam satu serbuan di sebuah hotel dan kondominium di Klang dan Setia Alam, malam tadi

Memetik laporan Harian Metro, anggota polis berusia 26 tahun itu ditahan ketika cuba menyembunyikan diri di kondominium berkenaan.

Menurut sumber, polis turut menemui pakaian seragam anggota polis itu serta peralatan menghisap syabu ketika serbuan dijalankan.

“Seorang wanita Indonesia yang juga pelacur dan mengaku teman wanita anggota polis itu turut ditahan di kondominium sama,” katanya.

Katanya lagi, sindiket itu mengiklankan pelacur sebagai gadis dari negara ini bagi menarik minat pelanggan

Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan yang mengesahkan kes itu berkata, operasi polis mulai 6.15 petang kelmarin berjaya menahan tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki warga tempatan ditahan di sebuah hotel manakala dua lagi individu iaitu masing-masing lelaki tempatan dan wanita warga Indonesia ditahan di sebuah kondominium di Setia Alam.

Serbuan dilakukan bersama pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang turut menyerbu tiga bilik di hotel itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan manakala JAIS menjalankan siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 untuk kes tangkapan kedua itu.

Warga tempatan yang ditahan itu direman empat hari mulai hari ini manakala warga asing 14 hari bagi membantu siasatan.

Comments

comments

zawani