Vivo V7 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 1299


Bulan lepas Vivo telah melancarkan Vivo V7+ yang membawakan paparan skrin nirbingkai terkini, dengan kamera hadapan 24MP bagi tujuan selfie yang cantik dan menyerlah. Pada hari ini mereka telah melancarkan Vivo V7 pada harga RM 1,299.

Seperti Vivo V7+, Vivo v7 membawakan spesifikasi dan teknologi yang sama pada peranti ini. Kelainannya terdapat pada saiznya, di mana Vivo V7 menampilkan skrin bersaiz 5.7-inci berbanding v7+ yang mempunyai skrin bersaiz 6-inci. Satu lagi kelainan adalah dari segi storan, di mana v7 mempunyai storan sebesar 32GB berbanding V7+ yang mempunyai storan 64GB.

Vivo V7 membawakan paparan nirbingkai FullView 720p dengan nisbah 18:9 dengan ketumpatan pixel 282 ppi, cip pemprosesan Snapdragon 450 lapan-teras dan RAM 4GB, sokongan storan kad mikro-SD sehingga 256GB dan menyokong dwi-SIM.

Dari segi kamera, ia menyertakan kamera hadapan 24MP namun tidak mempunyai LED Flash, dan kamera utama dibahagian belakang 16MP dengan LED Flash. Teknologi Face Beauty 7.0 juga tersedia bagi membolehkan rakaman selfie cantik dirakam.

Vivo V7 akan mula dijual secara rasmi pada 24 November ini dengan dua pilihan warna iaitu Emas dan Hitam, pada harga RM 1,299. Anda juga boleh melakukan pra-tempahan bermula hari ini bagi mengelakkan kehabisan peranti ini. sumber : amanz

Comments

comments

zawani