‘Ayo Poligami’ – Aplikasi Telefon Terbaru Buat Mereka Yang Ingin Berpoligami Di Indonesia


Lambakan dating apps di Google Play bukanlah lagi sesuatu yang baru buat kita. Malah, setiap dating app yang ada juga mempunyai target pengguna yang berbeza-beza.
Tetapi tahukah anda, terdapat satu mobile app di Indonesia bernama AyoPoligami telah dicipta khusus untuk mereka yang ingin berpoligami?

App developer dari Indonesia, Lindu Pranayama dalam laporan Straits Times berkata, terdapat ramai lelaki yang sudah berkahwin ingin mencari isteri baru di sana. Tetapi tiada aplikasi yang boleh digunakan oleh mereka untuk memenuhi niat mereka itu.

“Apabila mereka ke dating sites yang biasa, mereka tidak berpeluang untuk berpoligami. Mereka tidak ada pilihan untuk mempunyai isteri pertama, kedua dan ketiga,” katanya.

“AyoPoligami” adalah aplikasi baru yang dicipta oleh Lindu bertujuan untuk memperkenalkan lelaki-lelaki yang sudah berkahwin dengan wanita-wanita yang sedia untuk berkeluarga besar (berpoligami)

Dating app yang seakan aplikasi Tinder itu telah mencetuskan kontroversi sejak pelancarannya pada April lalu di Indonesia.

Aplikasi ini telah dimuat turun lebih 10,000 kali sebelum ia berhenti mendaftarkan ahli baru berikutan kebimbangan akaun palsu sedang dibentuk, dan lelaki yang menggunakannya tanpa pengetahuan isteri pertama mereka.

Versi baru akan dilancarkan pada 5 Oktober 2017 dan ia akan mengenakan peraturan yang lebih ketat kepada pengguna termasuk mewajibkan mereka memberikan kad pengenalan, status perkahwinan dan surat izin dari isteri pertama mereka.

Salah seorang pengguna aplikasi tersebut, Iyus Yusuf Fasyiya memberitahu bahawa dia yang mempunyai dua isteri menggunakan aplikasi tersebut untuk berkongsi tips bagaimana untuk mengekalkan perkahwinan poligami
“Kebanyakan mereka yang mencari isteri sering bertanya kepada saya tentang cara untuk mula, mengekalkan perkahwinan poligami dan juga undang-undang kerajaan terhadap perkahwinan itu,” katanya.

Majoriti pengguna aplikasi tersebut adalah lelaki dan kira-kira lebih 4 ribu wanita juga telah berdaftar.

Kementerian Pembangunan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia berkata, ia adalah terpulang kepada indvidu itu sendiri sekiranya mereka mahu menggunakan aplikasi tersebut kerana poligami adalah dibenarkan di sana asalkan ia dapat dilakukan secara adil.

“Bagi kami apa yang penting adalah wanita dan anak-anak hidup dalam keadaan selamat dalam perkahwinan poligami,” katanya.

Sumber: Straits Times.

Comments

comments

zawani