Drama Titian Cinta


SINOPSIS TITIAN CINTA

Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.

Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

Barisan Pelakon Titian Cinta: Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd

Titian Cinta Episod 01

Titian Cinta Episod 03
Titian Cinta Episod 12
Titian Cinta Episod 13
Titian Cinta Episod 14
Titian Cinta Episod 15
Titian Cinta Episod 16
Titian Cinta Episod 17
Titian Cinta Episod 18
Titian Cinta Episod 19
Titian Cinta Episod 20
Titian Cinta Episod 21
Titian Cinta Episod 22
Titian Cinta Episod 23
Titian Cinta Episod 24
Titian Cinta Episod 25
Titian Cinta Episod 26
Titian Cinta Episod 27

Titian Cinta Episod 28

Lirik Lagu Sumpah Cintaku – OST Titian Cinta – Asfan Shah

Disaat Saling mengenali
Ku Tahu cinta mu memanggil
Dalam Perasaan yang tak kau dengari

Lambaian Mu di dalam mimpi
Bayangan Senyum bidadari
Indah Segenap rasa tak terbagi

Belah Lah jasad ku tirai kenangan ku
Pasti Akan kau jumpa api cinta menyala

Hingga Akhir nafas ini
Sayang Sampai akhir pasti
Cinta Ku tersimpul mati
Di Syurga tetap kau ku nanti
Sumpah Cintaku hanya padamu

Disaat Saling mengenali
Ku Tahu cinta mu memanggil
Dalam Perasaan yang tak kau dengari
Belah Lah jasad ku tirai kenangan ku
Pasti Akan kau jumpa api cinta menyala

Hingga Akhir nafas ini
Sayang Sampai akhir pasti
Cinta Tak bisa berganti
Sumpah Ku hanya kau disisi

Genggam Tanganmu yang suci
Sampai Rambutku memutih
Cinta Ku tersimpul mati
Di Syurga tetap kau ku nanti

Hingga Akhir nafas ini
Sayang Sampai akhir pasti
Cinta Tak bisa berganti
Sumpah Ku hanya kau disisi

Genggam Tanganmu yang suci
Sampai Rambutku memutih
Cinta Ku tersimpul mati
Di Syurga tetap kau ku nanti

Sumpah Cintaku hanya padamu
Sumpah Cintaku hanya padamu

Comments

comments

zawani