Sewa Kereta Proton Ini Dengan Hanya RM45 Sehari


Bolehlah start buat side income sebagai pemandu uber

Rata-rata rakyat Malaysia sekarang berusaha mencari peluang untuk menambah pendapatan sedia ada

Antara inisiatif yang sedang rancak menjana pendapatan sampingan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah perkhidmatan Uber.

Uber sudah menjadi salah satu medium pengangkutan awam yang utama di negara kita sejak akhir-akhir ini kerana tidak semua mampu memiliki kenderaan sendiri. Malahan, dengan kesesakan trafik serta tempat meletak kenderaan yang terhad, menjadikan perkhidmatan Uber ini sangat praktikal.

Kini bukan hanya mereka yang memiliki kenderaan sendiri boleh menjadi pemandu Uber, malah buat mereka yang tidak mempunyai kenderaan, anda boleh menyewa kenderaan jenama Proton dengan kadar harga yang sangat berpatutan untuk digunakan sebagai kenderaan Uber.

Kerjasama antara Uber dan Quick Ride menawarkan kereta sewa jenama Proton kepada pemandu-pemandu Uber
Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB) dan Kumpulan Cartrade kini menjalinkan kerjasama dengan Uber dan Proton bagi menawarkan kereta jenama Proton kepada pemandu-pemandu Uber melalui platform Quick Ride Sdn Bhd.

Quick Ride menawarkan perkhidmatan kereta sewa dari jenama Proton iaitu Proton Saga dan Proton Persona kepada mereka yang memenuhi syarat wajib yang ditetapkan:

1. Rakyat Malaysia
2. Berumur 21 tahun ke atas
3. Mempunyai lesen memandu yang sah
4. Tiada rekod jenayah atau rekod bankrap
5. Tiada masalah mental

“Menerusi tawaran ini, pemandu perlu komited dan aktif sekurang-kurangnya 30 jam seminggu. Kereta yang disewa perlu dipulangkan kepada Quick Ride dalam tempoh tiga tahun sebelum ditukarkan dengan kereta baharu.

“Individu yang gagal menepati syarat seperti ingin berhenti sebelum tempoh tiga tahun akan dikenakan denda,” maklum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Quick Ride, Mohamed Fahmi Ilyas kepada Berita Harian.

Peluang ini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin oleh para graduan yang menganggur atau sesiapa juga yang ingin menjana pendapatan
“Pemandu hanya perlu memberi tumpuan dalam memberi perkhidmatan terbaik kerana segala urusan berkaitan kereta seperti bayaran cukai jalan, insurans dan servis akan diuruskan oleh Quick Ride.

“Ini bermakna, pemandu hanya perlu membayar sewa kereta yang dipilih secara mingguan,” katanya.

Tambah Mohamed Fahmi, pihaknya sudah menerima hampir 400 permohonan termasuk 40 sudah diluluskan.

Kadar sewa yang ditawarkan adalah RM45 sehari bagi Proton Saga 1.3 Standard CVT dan RM55 sehari bagi Proton Persona 1.6 Standard CVT. Setiap kenderaan juga bakal dilengkapi dengan kemudahan WIFI serta sebuah tablet untuk kegunaan pengguna.

Bukan itu sahaja, Quick Ride turut menawarkan servis penyelenggaraan kenderaan sewa tersebuat secara percuma termasuklah segala jenis kerosakan (kecuali tayar dan petrol), cukai jalan dan juga insurans.

Setakat ini, Quick Ride menawarkan 1,000 kenderaan untuk diagihkan kepada pemandu yang berminat sehingga awal tahun 2018. Dan bakal menambah 10,000 lagi unit kenderaan Proton dalam tempoh dua tahun yang akan datang.
says.com

Ingin mendaftar? Sila layari Quick Ride dan boleh mula jana pendapatan anda!
Anda juga boleh terus ke pejabat Quick Ride Sdn. Bhd. untuk mendaftar:

Quick Ride Sdn. Bhd. (1240477-A)
Level 10, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat,
No 33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur.

Telefon: +603-2711 0050 / 0051

nak daftar UBER , wasap nohp nie 60139157713

Comments

comments

zawani