Che Ta Dikecam Gara-Gara Kongsi Gambar Bercium Lagi

Kalau masih ingat dulu pernah juga pasangan ini dikecam gara-gara memuat naik gambar seakan bercium di media sosial. Tetapi kali ini Rozita Che Wan lebih berhati-hati, masih memuat naik gambar posisi yang sama tetapi diikuti dengan hashtag #bukanberciumtetapiberbisik. Mungkin ini juga sindiran bagi peminat yang mengecam beliau dulu.

Difahamkan gambar yang dimuat naik Che Ta itu ketika beliau dan keluarga bercuti di Kawah Putih, Bandung dan gambar tersebut diambil di tepian pantai sambil Che Ta memeluk erat suaminya. Seperti biasa pelbagai komen dapat dilihat di ruangan pelakon ini, ada yang memuji kebahagiaan Che Ta dan tidak kisah dengan perilaku itu kerana dikatakan sudah halal.

Tetapi bukan dramalah namanya kalau semua yang suka. Nampaknya ramai yang tidak senang dengan aksi Che Ta yang dirasakan tidak perlu untuk menunjuk di depan khalayak ramai biarpun sudah halal. Malah ada juga yang menganggap Che Ta seperti tidak serik dengan kontroversi lalu dan sengaja mahu meraih perhatian orang dengan kontroversi.

Pastinya ia bukanlah perkara baru bagi Che Ta, mungkin baginya ingin berkongsi kebahagiaan rumah tangga beliau kepada peminat selain ingin membuat sebagai kenangan. Tetapi macam tidak kena dengan caranya, walaupun tidak benar-benar bercium sekalipun, perkara seperti ini boleh mengundang kepada fitnah dan cakap-cakap orang.

Apapun kami kongsikan sedikit gambar-gambar mereka sekeluarga ketika bercuti di Bandung, Indonesia. Enjoice! (rtky/w)

SUMBER : rotikaya

Comments

comments

zawani