Xiaomi Redmi 4A 32GB Kini Ditawarkan Pada Harga RM469

Xiaomi sebelum ini telah menawarkan Redmi 4A dengan storan 32GB sejak bulan Mac lepas. Kini, dengan pengenalan Mi Max 2 dan juga Mi Mix 6, pihak Xiaomi Malaysia turut mengambil langkah untuk mengemaskini harga jualan untuk Redmi 4A, dimana kini ia ditawarkan pada harga RM469 untuk model 32GB.

Xiaomi Redmi 4A hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan 720p, dilengkapi cip Snapdragon 425, memori 2GB RAM dan ruangan storan 32GB. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera 13-megapixel di belakang, dan 5-megapixel di hadapan. Ia turut menyertakan sokongan dwi-SIM dan juga bateri berkapasiti 3120mAh.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkannya daripada laman jualan rasmi Xiaomi hari ini.

SUMBER: AMANZ.MY

Comments

comments

zawani