Mahu Tukar Tarikh Tiket ‘Flight’ Secara Online? Ikuti 6 Langkah Mudah Ini

Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu mengenai perkara ini. Anda boleh menukar tarikh tiket flight anda melalui online sahaja.
Buat penumpang-penumpang AirAsia, anda boleh menukar tarikh tiket penerbangan anda secara online, dengan syarat anda perlu ada akaun Air Asia yang membolehkan anda untuk manage booking secara online.

Perkara ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu Linda Livan George melalui satu post miliknya pada 10 Julai lalu yang telah mendapat 20,000 shares.

Menurutnya, untuk menukar tarikh tiket kapal terbang, tiket tersebut mestilah 48 jam sebelum waktu penerbangan dan pastikan anda belum check in. Diingatkan juga, caj berlebihan juga akan dikenakan kepada sesiapa yang ingin menukar waktu tiket penerbangan mereka.

Jadi, bagaimanakah cara-caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Klik Edit itinerary

2. Pilih Tarikh

3.Pilih Penambahan Lain

4.Lihat Harga Tiket Baru

5.Review and Confirm Flight

6.Selesai

Satu paparan akan keluar menunjukkan tempahan anda sudah confirmed. Harga total tiket juga dipaparkan.

Jika anda kurang faham mengenai harga tiket tersebut. Baca penjelasan Linda di bawah:

Saya tak ckp benda ni FREEEEE….

Tiket lama ;
Pergi RM119
BALIK 16hb harga rm189
Tiket baru utk balik;
23hb harga rm260.62
Lpas contra+fee cas bayar rm139..
TOTAL TIKET RM458.52
Mahal ke?

Pandai² lah buat perbandingan mahal atau murah..
Sebab murah & jimat duit saya beli..
Sebab saya baru TAHU & Saya share benda yg baik pun,ada yang kata saya BEBAL..

sumber: says.com

zawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *