KEPERLUAN DEPOSIT RUMAH


1.Deposit 10%

Kenapa saya perlu sediakan 10%?

Memandangkan bank hanya memberi pinjaman 90% dari harga rumah, kita perlu menyediakan 10% deposit. Deposit ini merupakan satu komitmen kepada pembeli agar tidak menarik diri sewenangnya selepas perjanjian jual beli ditandatangani kerana akan menyusahkan banyak pihak.

Bolehkah saya membayar deposit kurang dari 10%?

Boleh di atas PERSETUJUAN penjual. Namun dinasihatkan supaya menyediakan deposit 10% bagi melancarkan proses jual beli terutamanya hartanah sekunder dan lelong yang termaktub kepada syarat-syarat jualan.

Kadangkala pihak penjual memerlukan sedikit duit hasil jualan rumah mereka. Sekiranya hendak menunggu keuntungan keseluruhan, proses pindahmilik memakan masa yang agak lama iaitu sekitar 3-6 bulan (atau mungkin lebih).

Saya kakitangan kerajaan, pinjaman saya dapat 100%. Boleh tak saya beli rumah tanpa deposit?

Tidak. Sekurang-kuragnya anda mesti memngeluarkan deposit walaupun sedikit. Kesemuanya di atas PERSETUJUAN penjual. Sekiranya penjual berkeras inginkan 10%, anda tiada pilihan. Wang deposit yang dikeluarkan akan dapat semula selepas selesai proses pindah milik kelak.

2.KWSP/ EPF

Bolehkah saya menggunakan KWSP utuk membayar deposit 10%?
Boleh, tapi tidak untuk keseluruhan 10%. Anda harus mengeluarkan sekurang-kurangnya 5% dan selebihnya menggunakan KWSP.Penggunaan KWSP sebagai deposit juga WAJIB mendapat PERSETUJUAN dari pihak penjual kerana kadangkala proses pengeluaran wang dari akaun KWSP mengambil masa dan dokumen -dokumen berkenaan sebelum pengeluaran dapat dilakukan.

Pengeluaran EPF membolehkan pemegang akaun mengeluarkan akaun simpanan 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Pegeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku perlupusan pemilikan.

Amaun Yang Layak Dikeluarkan

a) Pembelian Rumah Milik Individu

Amaun Perbezaan antara harga rumah dan jumlah pinjaman dan tambahan 10% dari Harga rumah.
ATAU
Semua Simpanan dalam Akaun 2(mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang dari RM 500.00)

b) Pembelian Bersama Suami Isteri, Keluarga Terdekat, Hubungan Lain

Amaun Perbezaan antara harga rumah dan jumlah pinjaman dan tambahan 10% dari Harga rumah ATAU Semua Simpanan dalam Akaun 2 masing-masing (mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang dari RM 500.00

c) Pinjaman Perumahan 100%.

10% dari Harga rumah ATAU Semua Simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang dari RM 500.00)

d) Pembelian Tanpa Pinjaman/Tunai

Harga rumah dengan tambahan 10% dari harga rumah ATAU Semua Simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang dari RM 500.00)

3.Rumah atas pemaju

Kalau saya beli rumah dengan pemaju kena bayar deposit 10% ke?
Tidak semestinya. Pembelian rumah melalui pemaju, berbeza mengikut pakej pemaju itu sendiri. Kebiasaannya anda perlu membayar kurang dari 10% malah anda juga boleh mendapat diskaun yang lebih banyak sekiranya anda membeli unit-unit terawal. Begitu juga dengan bayarn guaman yang kebiasaannya percuma. Deposit yang rendah merupakan satu kelebihan pembelian melalui pemaju. Namun, anda perlu menunggu 2-3 tahun lagi untuk menduduki rumah tersebut.

Berikut disertakan 2 contoh pakej yang biasa ditawarkan oleh pemaju.

a) Contoh Deposit Pemaju A:

Harga Rumah RM518,000. Freehold International. Teres 2 tingkat.
Terdapat diskaun 7% untuk bumiputera. Percuma yuran guaman.

Deposit yang diperlukan sehingga tandatangan S&P.

Hanya 3% (RM15,540) sahaja daripada harga beli kerana 90% lagi sudah dibiayai oleh pinjaman dan 7% diskaun untuk Bumiputera.

b) Contoh Deposit Pemaju B:

Harga Rumah RM218,000. Leasehold. Apartment.
Terdapat diskaun 7% untuk bumiputera. Percuma yuran guaman dan 1 tahun maintenance percuma.

Harga selepas diskaun 7% = RM202,740.

Deposit yang diperlukan sehingga tandatangan S&P: 10% (RM 20,274) daripada harga selepas diskaun bumiputera.

Bagaimana Dengan Cara Pembayaran Booking?

Jika anda berurusan dengan Ejen Hartanah, pastikan Ejen hartanah tersebut berdaftar. Booking kemudian hendaklah dibayar ke dalam ‘client account’ agensi Ejen tersebut benaung. Agensi tersebut berperanan sebagai pemegang amanah. Anda boleh mengambil tindakan terhadap agensi sekiranya berlaku sebarang penyelewengan.

Booking boleh dibuat menggunakan cek, perpindahan kepada akaun agensi secara online ataupun melalui mesin ATM atau memasukkan cash melalui mesin deposit tunai (CDM).

Pastikan anda menyimpan segala bukti pembayaran.

Perjanjian

Sebelum anda membayar booking, pastikan ada perjanjian antara anda dan penjual atau lebih dikenali sebagai Letter of Offer To Purchase (LOF).
Pastikan di dalam LOF terdapat maklumat tersebut:
Tandatangan penjual dan pembeli serta saksi.
Amaun booking yang dibayar
Alamat penuh Hartanah
Harga Beli yang telah dipersetujui
Di dalam LOF juga terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh penjual dan pembeli. Antaranya tempoh di antara tarikh booking dan tarikh menandatangai perjanjian Jual Beli (SPA) iaitu 14 atau 21 hari bekerja.
Seandainya berlaku penarikan diri daripada pihak pembeli atau gagal menandatangani SPA tempoh 14 atau 21 hari tanpa sebab yang munasabah, duit booking akan hangus.
Bagi pihak penjual pula, sendainya berlaku penarikan diri tanpa sebab munasabah, pihak penjual wajib mengeluarkan sejumlah amaun yang sama dengan amaun booking sebagai gantirugi.
Anda juga boleh menambah syarat di dalam LOF seperti ‘rumah ini dibeli dengan keadaan sedia ada’, ‘rumah ini dibeli dalam keadaan lengkap dengan perabot (nyatakan)’ atau lain-lain syarat yang dipersetujui bersama pihak penjual.

Penting

Elakkan memberi wang deposit secara tunai atau bank in terus ke akaun perseorangan. Cara ini amat berisiko untuk kehilangan wang deposit.
Sebaiknya sediakan dokumen pinjaman sebelum booking bagi memastikan tempoh menandatangani SPA dapat dipatuhi.

Ditulis oleh:
Mohd Shahril Abu Bakar
Pengalaman saya dalam kerjaya ini selama 6 tahun. Saya mempunyai Degree in Computer Science. Kawasan tumpuan di Seremban, Bangi, dan Kajang.
Website: www.adhartanah.com

zawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *