Ibu Hamil 8 Bulan Kemalangan, Namun Dapat Rezeki Mudah Bersalin Di Tempat Kejadian

Kejadian dipercayai berlaku akibat daripada pertembungan motosikal pada kira-kira pukul 2 petang semalam

Fatimeh Mahseng seorang ibu muda berusia 27 tahun yang hamil 8 bulan lebih terlibat dalam kemalangan motosikal pada petang semalam.

Turut terlibat sama dalam kemalangan tersebut ialah suaminya, seorang anak lelaki berusia dua setengah tahun serta seorang lagi anak perempuannya yang berusia setahun setengah.

Namun, suami dan kedua-dua anak Fatimah hanya mengalami cedera ringan. Kemalangan ini berlaku di Kampung Banggol Renab, Ranget, Narathiwat, Thailand.

Dalam pada menanggung kesakitan akibat kemalangan, ibu muda berkenaan dapat melahirkan seorang bayi dengan begitu mudah


Alhamdulillah dengan kekuasaan-Nya serta bantuan penduduk setempat yang berada di tempat kejadian, Fatimah selamat melahirkan bayi yang sangat comel. Proses bersalin juga seperti dipermudahkan dan beliau kelihatan sangat tenang.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Ranget, Narathiwat untuk diberi rawatan

Alhamdulillah ibu dan anak itu selamat.

zawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *