Penduduk Di KL, Putrajaya & Labuan Boleh Nikmati Hingga 70% Diskaun Harian Dengan Kad Ini!

Kad ini diberikan percuma kepada pemohon yang layak dan tidak mempunyai tarikh luput.

 

Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan semula Kad Komuniti Ceria dengan nama baru, Kad Ceria Wilayah, baru-baru ini
Ia adalah kad eksklusif untuk rakyat Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk menikmati diskaun istimewa ketika membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.
Kad Ceria sebelum ini dikenali sebagai ‘Kad Komuniti Ceria’ apabila ia pertama kali dilancarkan pada tahun 2015. Kementerian Wilayah Persekutuan memutuskan untuk merombak dan memperkenal semula kad baru dengan ciri-ciri tambahan bagi menarik lebih ramai pengguna dan syarikat-syarikat untuk menggunakannya.

Kad ini diberikan secara percuma kepada pemohon yang layak dan tidak mempunyai tarikh luput.
Sebanyak 1 juta kad telah diedarkan secara percuma buat penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PA).

Siapa yang layak untuk mendapatkan kad ini?
1. Berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Warganegara Malaysia.
3. Dilahirkan di mana-mana Wilayah Persekutuan atau kini menetap di mana-mana Wilayah Persekutuan.
4. Mana-mana penjawat awam yang sedang berkhidmat di Wilayah Persekutuan.

Sebahagian daripada rakan dagang yang paling dikenali termasuklah Mydin, KK Super Mart, Berjaya Hotels & Resorts, Kamdar, Wendy, Restoran Kenny Rogers, dan Restoran Rasa Utara.
Kadar diskaun ditawarkan untuk pelbagai pembelian barangan dan perkhidmatan termasuk makanan, kosmetik, perkhidmatan pergigian, dan banyak lagi.
Sebagai contoh, Mydin menawarkan 5% sehingga 20% diskaun untuk barangan bukan makanan manakala Wendy menawarkan diskaun 5% untuk sebarang pesanan ala carte.
Mereka yang berminat boleh merujuk kepada laman web Kad Ceria untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai promosi terkini.

Apa kelebihan yang ada pada kad ini?
1. Diskaun sehingga 70% ke atas pembelian barangan, makanan dan perkhidmatan.
2. Beli belah pada harga istimewa di lebih 1,011 premis / rakan dagang.
3. Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
4. Fungsi sebagai ‘e-wallet’ untuk pemegang kad Kad Ceria dan pedagang yang mengambil bahagian.

Mereka yang layak memegang Kad Ceria boleh memohon kad tersebut hanya dengan tiga langkah sahaja:
1. Layari laman web Kad Ceria dan masukkan nombor MyKAD untuk pendaftaran
Masukkan nombor MyKad anda ke dalam kotak yang disediakan dan anda akan mendapat mesej mengatakan bahawa pendaftaran anda telah berjaya.

2. Klik butang ‘semakan’ di dalam laman web untuk mengemas kini maklumat anda
Anda akan diminta untuk mengisi borang bagi mengemaskini butir-butir peribadi anda termasuk alamat, e-mel, dan nombor telefon sebelum anda boleh meneruskan ke langkah seterusnya.

3. Anda akan dimaklumkan mengenai pejabat cawangan yang anda ditugaskan untuk mengambil kad
Anda akan dimaklumkan mengenai pusat servis yang khusus untuk anda ambil kad anda apabila ia siap. Butiran seperti alamat, nombor telefon, dan waktu operasi cawangan akan disediakan.

Hubungi nombor yang diberikan untuk memeriksa sama ada kad anda sudah siap untuk dikutip atau belum sebelum anda menuju ke pusat perkhidmatan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Terdapat juga pilihan untuk mencetak maklumat anda sebagai rujukan masa depan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web atau laman Facebook Kad Ceria. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada kadceria@kwp.gov.my atau hubungi +603-8889 7642 / +603-8889 7625 untuk sebarang pertanyaan.

Permohonan online telah dibuka sekarang! Kongsikan info ini bersama keluarga dan rakan-rakan. =)

Laman WEB KAD CERIA

Comments

comments

zawani

Leave a Reply

Your email address will not be published.