Perodua tawar pakej harga istimewa buat pemandu Grab

Perodua dan Grab hari ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memberi perkhidmatan yang terdiri daripada pakej harga istimewa untuk kadar sewa beli kompetitif khas buat pemandu GrabCar.

MoU itu ditandatangani di Perodua, Pusat 3S Perdana, Petaling Jaya oleh Pengarah Urusan Jualan Perodua, Datuk Dr Zahari Husin dan Ketua Grab Malaysia, Sean Goh.

“Perkara-perkara dalam MoU tersebut termasuklah pakej harga istimewa melalui ‘Perodua Corporate and Government Sales Department’ yang menawarkan masa yang minimum untuk pendaftaran kereta, pusat sehenti bagi servis dan alat ganti, insurans dan cukai jalan” kata Zahari.

“Memandangkan peningkatan dalam kos sara hidup dan ramai pekerja tempatan yang hilang pekerjaan pada 2016, Grab telah dilihat sebagai satu langkah perantara sementara mencari peluang pekerjaan lain atau sebagai sumber yang membantu pemandu untuk terus menyara hidup” kata Goh.

Pakej harga istimewa yang ditawarkan pada masa ini adalah untuk model Bezza, Myvi dan Alza.

Berminat menjadi pemandu Grab , whatsapp ke 0139157713

Comments

comments

zawani

Leave a Reply

Your email address will not be published.